suria

Kanak-kanak 3 tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh, mayat dibuang dalam sungai

Segelintir penjenayah memilih lokasi seperti sungai untuk menghapuskan bukti. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun bukan sahaja dirogol beramai-ramai, malah mayatnya turut dibuang di sungai Chambal di Dholpur, Rajasthan.

Kes kematian tragis itu didakwa dilakukan oleh saudara terdekatnya, termasuk dua remaja bawah umur, kata polis pada Rabu.

Penguasa Polis Dholpur Sumeet Meharda berkata mereka menerima maklumat pada pagi Selasa mengenai sekumpulan individu yang membuang kanak-kanak itu di dalam sungai pada malam sebelumnya.

Bertindak atas maklumat itu, polis memulakan operasi pencarian sebelum mayat mangsa ditemukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat gadis separuh bogel ditemukan dalam masjid, wajah mangsa hancur dipukul dengan batu

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan pada Rabu membuktikan serangan seksual yang dilakukan terhadap mangsa.

Kanak-kanak itu itu didakwa terkena batu bata, yang menyebabkan kematiannya, menurut laporan itu.

Berdasarkan laporan itu juga, ahli keluarganya termasuk dua suspek bawah umur ditahan dan kini sedang disoal siasat.- Deccan Herald.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain