suria

Pertengkaran berakhir tragedi... Warga emas tembak mati kenalan dengan senapang angin, syak mangsa curi buah sawit miliknya

Sesetengah kes pembunuhan terjadi disebabkan perselisihan faham. -Gambar hiasan

PERSELISIHAN faham antara dua lelaki berakhir dengan tragedi, apabila salah seorang daripada mereka maut kerana ditembak menggunakan senapang angin.

Ketua Perhubungan Awam Polis Musi Banyuasin, Sumatera Selatan, AKP Susianto berkata, kejadian yang berlaku pada 20 Mei lalu berpunca apabila suspek yang dikenali sebagai Erwanto, 50, mengesyaki mangsa yang juga kenalannya, Lukman, 23, kerap mencuri buah sawit di ladang miliknya.

Sebelum kejadian, pada mulanya suspek dan mangsa secara kebetulan terserempak di ladang sawit dan kedua-duanya bertengkar.

"Suspek yang membawa senapang angin bersama mengesyaki mangsa sering mencuri buah sawitnya.

Tanpa berfikir panjang, suspek menghalakan senapang angin ke arah mangsa dan melepaskan tembakan.

"Mangsa rebah selepas tembakan terkena bahagian kiri dadanya. Selepas menembak mangsa, suspek terus melarikan diri, manakala mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital," jelasnya.

Suspek bagaimanapun tampil menyerah diri kepada polis beberapa jam selepas melakukan perbuatan berkenaan.

"Suspek didakwa mengikut Perkara 351 perenggan 3 Kanun Jenayah, Artikel 338 Kanun Jenayah (pembunuhan), dengan ancaman hukuman penjara 15 tahun," katanya lagi. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain