PENUMPANG dalam satu penerbangan digemparkan dengan tindakan seorang lelaki berbogel, menyebabkan pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas. Sebuah pesawat Virgin Australia melakukan penerbangan kembali ke lapangan terbang selepas seorang lelaki bertindak berlari di dalam pesawat hingga merempuh seorang kru kabin. Polis kemudian menahan suspek di lapangan terbang, pada Selasa. Dalam kejadian pada Isnin malam lalu, pesawat itu sepatutnya melakukan penerbangan selama tiga jam dan 30 minit dari bandar Perth ke Melbourne. ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat kendali ‘penerbangan misteri’, hanya pilot tahu destinasi... Penumpang diberitahu ke mana selepas 2 jam berlepas ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang berdepan detik cemas, pesawat ditembak ketika hampiri landasan Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan berkata, penerbangan VA696 kembali ke Lapangan Terbang Perth kerana 'gangguan penumpang'. Menurut polis, seorang lelaki ditahan selepas didakwa berlari dalam keadaan berbogel di dalam pesawat ketika penerbangan dan insiden itu menyebabkan seorang anak kapal terjatuh ke lantai. "Lelaki yang ditahan itu dibawa ke hospital untuk penilaian," kata polis dalam kenyataan. Tidak jelas bagaimana atau di mana penumpang itu menanggalkan pakaiannya di dalam pesawat tersebut. Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas, sambil menambah keselamatan penumpang dan anak kapal adalah keutamaannya. - FOX26 Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube