suria

Gempar lelaki pengsan ketika hantar ibu tunai haji, rupanya terkejut dapat kiriman video

Jemaah membuat persiapan untuk ke Tanah Suci. -Gambar hiasan

SEKUMPULAN jemaah haji digemparkan dengan insiden seorang anak pengsan ketika menghantar ibunya untuk berangkat ke tanah suci.

Kejadian berlaku apabila si anak yang merupakan guru besar terkejut sebaik menerima satu video yang dikirimkan menerusi WhatsApp.

Insiden buli tersebut berlaku di sebuah sekolah rendah di Kota Ambon di Maluku, Indonesia.

Video yang diterima lelaki bernama Komala itu merupakan rakaman yang menunjukkan seorang muridnya dibuli pelajar-pelajar senior.

Malah dia pengsan selepas melihat video buli tersebut.

"Saya sedang menghantar ibu untuk tunaikan haji bersama jemaah lain, dan kemudian muncul video itu di WhatsApp.

"Selepas melihat (video), jantung saya (berdegup kencang). Kemudian saya pengsan dan tidak tahu apa-apa lagi," kata Komala kepada pemberita, pada Rabu.

Menurut Komala, dia hanya sedar selepas dikejutkan oleh beberapa jemaah haji, kira-kira 20 minit kemudian.

Dia bagaimanapun mengakui amat kesal dengan kejadian buli yang berlaku di sekolahnya.

Terdahulu, tular mengenai insiden pelajar dibuli senior di Kota Ambon, pada Selasa lalu. - Tribun News Bogor

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain