suria

Individu maut ‘disedut’ enjin pesawat, pihak berkuasa sedang siasat sama ada kemalangan atau bunuh diri

Insiden berlaku di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol. -Foto Reuters

SEORANG individu dilaporkan maut selepas 'disedut' enjin pesawat dalam kejadian di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, kata syarikat penerbangan Belanda, KLM, pada Rabu.

Polis tentera Belanda, Marechaussee, menerusi ciapan di laman X berkata, ia sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ia menambah, siasatan masih belum mengenal pasti identiti mangsa berkenaan, kata jurucakap Marechaussee kepada Reuters.

Jurucakap itu menambah bahawa masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada ia adalah kemalangan, atau insiden bunuh diri.

KLM dalam satu kenyataan juga berkata ia sedang menyiasat kejadian tersebut. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain