SEORANG wanita berusia 26 tahun meninggal dunia di West Yorkshire, United Kingdom (UK) selepas dicekik oleh teman lelakinya ketika melakukan hubungan seks. Menurut Yorkshire Live, ia berlaku pada Februari 2022, dan pendedahan itu dibuat semasa inkues pada Rabu. Wanita itu, Georgia May Brooke, adalah seorang penari dan tinggal bersama teman lelakinya Luke Cannon, 31. Ketika inkues, mahkamah dimaklumkan pasangan itu mengambil kokain dan alkohol ketika melakukan hubungan seks. Tindakan Luke yang mencekik Georgia ketika berasmara menyebabkan wanita itu tidak sedarkan diri sehingga dia mengalami serangan jantung. ARTIKEL BERKAITAN: Cinta ditentang keluarga, remaja perempuan ambil nyawa bapa dan adik lelaki... Mayat disumbat dalam peti sejuk! Luke yang panik terus menghubungi nombor kecemasan 999. Apabila paramedik tiba, mereka mendapati Georgia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil. Mereka turut memberi bantuan pernafasan (CPR) namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.34 pagi di Hospital Diraja Bradford. Luke turut melarikan diri selepas kejadian itu sebelum dia ditemukan maut berdekatan hospital berkenaan. Dalam inkues terbaharu itu, jururawat yang mengendalikan kes tersebut memberitahu dia sempat berkomunikasi dengan Luke sebelum kematiannya. Luke memberitahu jururawat itu bahawa Georgia mengalami sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri ketika mereka melakukan hubungan seks. Tambah jururawat itu, Luke juga kelihatan khayal, seolah-olah berada di bawah pengaruh bahan terlarang ketika pertemuan berkenaan. - NDTV. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube