suria

Enam tahun jadi pemuas nafsu bapa tiri, mangsa bongkar cerita di hospital selepas ibu tak percaya

Bapa tiri mangsa ditahan pasukan polis.

SEORANG lelaki ditahan sepasukan polis selepas dipercayai melakukan penderaan secara seksual terhadap anak tirinya sejak enam tahun lalu di sebuah rumah di Bangkok, Thailand.

Lelaki berusia 60 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk sejak mangsa berusia enam tahun.

Lebih menyedihkan apabila ibu mangsa tidak mempercayai perkara tersebut apabila dimaklumkan dan membantu lelaki terbabit melarikan diri.

Memetik laporan Thaiger, perkara tersebut terbongkar selepas seorang doktor yang merawat mangsa membuat laporan polis.

Ia berikutan mangsa menceritakan situasi yang dialami sejak enam tahun lalu ketika dia dirawat di hospital kerana demam denggi.

Mangsa kemudian diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara terperinci sehingga disahkan mengalami penderaan seksual yang berlarutan.

Suspek kemudian ditahan di Jalan Phetkasem 84 di Bang Khae, Bangkok untuk tindakan selanjutnya.

Dia bagaimanapun menafikan setiap dakwaan yang dinyatakan kanak-kanak terbabit dan menyatakan mangsa adalah seorang autisme serta lemah dalam pelajaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain