SEORANG wanita warga emas yang tular kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menghembus asap rokok pada wajah pelancong asing ditahan pihak berkuasa Jogja, Indonesia. Ketika ditahan, dia yang berusia 69 tahun memiliki Rp524,000 (RM151) hasil mengemis selama dua hari di sekitar bandar Malioboro. Menurut Ketua Polis Kota Jogja, Octo Noor Arafat, warga emas tersebut ditahan selepas video aksi kurang sopan di tempat awam tersebar di media sosial. Dia bagaimanapun berjaya melarikan diri sebelum kembali ditangkap pihak berkuasa. Bukan itu sahaja, wanita terbabit turut berkelakuan agresif serta tidak memberi kerjasama dengan petugas terlibat. Terdahulu, videonya mengemis dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pelancong warga asing yang tidak memberikan wang tular di media sosial. Menerusi kapsyen, pemilik video menyatakan warga emas terbabit bertindak menghembus asap rokok dan menghamburkan kata-kata kesat kepada seorang pelancong kerana tidak diberikan duit yang diminta. - Detik News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube