suria

Wanita curi identiti demi wang pencen, 18 tahun hidup senang sebelum rahsia terbongkar

Simpanan mencukupi penting untuk hari tua. -Gambar hiasan

DEMI menikmati hidup senang di hari tua, seorang wanita sanggup menyamar dan menggunakan identiti kakaknya yang sudah meninggal dunia bagi memperoleh wang persaraan.

Memetik laporan South China Morning Post, wanita yang dikenali sebagai An telah menyamar dan menyambung pekerjaan mendiang kakaknya di sebuah kilang selepas wanita terbabit maut dalam kemalangan kereta pada 1993.

Dia yang berasal Wuhai di wilayah autonomi Mongolia Dalam, China, kemudiannya berkhidmat selama 14 tahun di perusahaan tersebut sehingga akhirnya bersara pada 2007.

Pada Januari 2008, An memproses persaraannya dan mula menerima bayaran pencen, berterusan sehingga April 2023 dengan jumlah keseluruhan 393,676 yuan (RM255,880).

Bagaimanapun tidak diketahui punca identitinya terbongkar sehingga dia dituduh melakukan penipuan oleh pihak berkuasa.

Susulan daripada itu, An dipanggil polis dan mengaku melakukan jenayah itu serta mahu membayar balik wang yang diterimanya.

Kisahnya itu menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang dialami dan menyatakan An layak untuk menerima wang persaraan tersebut kerana telah berkhidmat selama 14 tahun.

"Siapa yang akan bekerja selama 14 tahun hanya untuk pencen? Dia hanya mengambil alih pekerjaan. Bekerja selama 14 tahun membuktikan dia mampu melaksanakannya.

"Dia tidak membayar kurang untuk keselamatan sosial, dan dia juga tidak bekerja lebih sedikit. Mengapa dia tidak perlu menerima pencen itu kerana dia sudah tua? Dia lebih jujur ​​berbanding mereka yang memegang jawatan rasmi tetapi memungut gaji tinggi tanpa bekerja,” kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain