SEORANG wanita yang didapati melakukan serangan seksual ke atas anak lelakinya yang baru berusia 2 tahun ditahan polis. Ia berikutan suspek yang berusia 22 tahun menyerah diri di balai polis selepas videonya mencabul kanak-kanak terbabit tular sejak Ahad. Memetik laporan Detik News, kejadian berlaku di Tangerang Selatan di Indonesia. Video disebarkan di akaun miliknya sendiri. Terdahulu, video tular itu memaparkan rakaman seorang wanita mencabuli anak lelakinya sehingga kanak-kanak terbabit mengadu kesakitan dan membuang air kecil. Selain disiarkan di TikTok, video tersebut turut dimuat naik di akaun Instagram suspek. Bagaimanapun, kesemua video berkaitan telah dipadam pada Isnin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube