suria

Meninggal semasa perbicaraan, kes mentua bunuh menantu hamil berakhir tanpa keputusan

Khoiri ditangkap polis atas kesalahan membunuh menantunya dengan kejam. Foto kanan (Muhajir Arifin)

KES melibatkan seorang bapa mentua yang membunuh menantunya berakhir tanpa keputusan apabila defendan meninggal dunia semasa perbicaraan.

Tertuduh, Khoiri, 53, menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Bangil di Indonesia pada 19 Mei lalu.

Perkara itu disahkan oleh Pendakwa Raya Daerah Bangil, Yusuf Akhbar.

Katanya, sebelum meninggal dunia Khoiri mendapatkan rawatan selama tiga hari di wad gara-gara mengalami sesak nafas dan anemia.

"Defendan meninggal dunia semasa perbicaraan memberikan keterangan bukti (masih dijalankan).

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua bunuh menantu hamil 7 bulan, berang ajakan seks ditolak

"Perbicaraan itu juga sudah dijadualkan untuk melakukan pemeriksaan (bukti) beberapa saksi tapi belum sampai ke pendakwaan lagi," jelas Yusuf.

Justeru, kes pendakwaan defendan telah ditolak (batal) secara sah.

Tahun lalu Khoiri ditahan polis selepas membunuh menantu perempuannya yang sarat mengandung kerana menolak ajakan untuk berhubungan intim.

Khori meminta mangsa, Fitria yang berumur 23 tahun memuaskan nafsunya.

Difahamkan, Khoiri ketika itu di bawah pengaruh alkohol dan nafsunya membuak-buak apabila melihat Fitria keluar dari bilik air.

Berang apabila ajakannya ditolak, Khoiri bertindak mengambil objek tajam di dapur lalu mengelar leher menantunya itu.

Kejadian yang menyayat hati itu dilaporkan pada 31 Oktober tahun lalu di Palembang Indonesia. -Detik

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain