SEORANG warga emas nyaris maut selepas dicekik oleh pemuda yang merupakan teman lelaki kepada cucunya, ketika sedang tidur. Memetik portal Detik, suspek didakwa nekad melakukan perbuatan tersebut selepas mangsa, Siti Khodariyah, 64, tidak merestui percintaan dengan cucunya. Kejadian berlaku di Desa Tunge, Kediri di Indonesia. Menurut polis, AKP Fauzy Pratama, suspek yang dikenali sebagai Vitho Putra Praisko, 21, dalam keadaan mabuk ketika kejadian. Ketika ditahan pihak polis, suspek mengaku tindakan itu dibuat gara-gara dia berasa geram dan marah kerana mangsa tidak merestui percintaan dengan cucunya. "Suspek berdendam terhadap mangsa selepas teman wanita memberitahu bahawa neneknya tidak bersetuju dengan hubungan percintaan mereka. "Suspek meminta rakannya membawa dia ke rumah mangsa yang ketika itu sedang bersendirian kerana cucunya pergi kerja. "Suspek terus ke bilik tidur mangsa, menekup wajahnya dengan bantal serta mencekik leher mangsa. Apabila dia dapati mangsa itu sudah tidak bernyawa, dia segera larikan diri", katanya pada Jumaat. Unit Siasatan Jenayah Polis Kediri berjaya menahan suspek di kediamannya pada Khamis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube