SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, yang menyaksikan kematian ibunya memberitahu polis keluarganya diserang kerana mereka memberi sokongan terhadap Palestin. Halima Firoza Hoosen maut, manakala suami serta anak lelakinya yang berusia 14 tahun cedera, dalam kejadian di Durban, Afrika Selatan, Ahad. Jurucakap polis, Kolonel Robert Netshiunda, menyatakan motif keganasan pada masa ini tidak diketahui. Bagaimanapun, anak perempuan mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan mendakwa suspek menyerang keluarganya kerana mereka menyokong Palestin. Suspek, Grayson Beare, 44, ditangkap oleh polis dalam keadaan berlumuran darah selepas serangan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Tak restu hubungan cinta, warga emas dicekik teman lelaki cucu "Polis bertindak terhadap laporan mengenai kejadian tikaman di Hyder Road pada awal pagi Ahad. Apabila tiba di tempat kejadian, polis mendapati seorang lelaki memiliki sebilah pisau berlumuran darah. "Seorang wanita terbaring di atas lantai dalam keadaan berdarah, begitu juga dengan dua lelaki yang turut mengalami kesan tikaman. Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran. "Lelaki itu juga didakwa mengugut untuk merogol gadis kecil itu," tambah Netshiunda. Menerusi video yang tersebar, suspek yang diikat pergelangan kaki selepas penahanannya di sebuah hospital kedengaran berkata dia mempunyai keluarga di Israel dan mengaitkan serangan itu dengan pandangan mangsa berhubung situasi di Gaza. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube