suria

Ponteng sekolah, 5 pelajar diserbu polis ketika shooting video lucah dalam rumah kosong

Rumah terbiar boleh menjadi sarang penjenayah jika ia tidak dipantau. -Gambar hiasan

SEKUMPULAN pelajar sekolah diserbu ketika mereka sedang melakukan rakaman video lucah di dalam sebuah rumah kosong.

Kisah itu menjadi bualan ramai selepas video ketika rumah berkenaan diserbu oleh pihak berkuasa ditularkan menerusi media sosial.

Menurut keterangan video, mereka bukan sahaja ponteng sekolah, malah turut membuat rakaman video lucah di dalam rumah itu.

Pegawai yang membuat serbuan berkata mereka melihat empat remaja lelaki tanpa baju sedang mengelilingi seorang pelajar perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 'dahaga' perhatian sanggup tikam perut sendiri, reka cerita diragut penunggang motosikal

Serbuan itu dibuat di sebuah rumah di Kabupaten Tolitoli, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Ketua Perhubungan Awam Polis Tolitoli Inspektor Budi Atmojo mengesahkan serbuan itu, namun tidak dapat berkongsi maklumat lanjut kerana belum menerima laporan penuh.

"Ya, memang benar kejadian di Tolitoli. Kes itu sudah disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Tolitoli, cuma saya belum tahu butirannya lagi," katanya.

Dalam pada itu, Budi memberi jaminan pihaknya akan memaklumkan perkembangan kes berkenaan selepas dia menerima laporan lengkap.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain