suria

2 beranak rogol remaja 16 tahun... Isteri bantu sedia bilik khas, perdaya mangsa jadi lebih cantik

Seorang remaja perempuan dirogol dua beranak secara bergilir-gilir. -Gambar hiasan

NASIB malang menimpa seorang remaja perempuan apabila dirogol dua beranak secara bergilir-gilir.

Seorang lelaki yang merupakan pemilik sebuah studio bersama seorang anak lelakinya didakwa merogol mangsa yang merupakan pelajar berusia 16 tahun.

Lebih menyedihkan, isteri dan anak perempuan suspek didakwa menyediakan bilik dan katil untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kejadian berlaku di Kabupaten Musi Rawas, Sumatera Selatan di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Musi Rawas, AKP Herman Junaidi berkata, kejadian berlaku pada November 2023, apabila mangsa diperdaya oleh empat individu, termasuk isteri suspek.

Suspek didakwa mengajak mangsa tinggal di rumahnya dengan alasan akan melakukan upacara mandi bunga sebelum menyertai kumpulan mereka iaitu penari kuda kepang.

"Suspek memperkosa mangsa pada tengah malam ketika sedang tidur. Mangsa terpaksa mendiamkan diri kerana takut dan bimbang diancam," kata Herman dalam kenyataan pada Jumaat.

Selepas dirogol, mangsa yang dalam ketakutan kemudian diperkosa pula oleh anak lelaki suspek yang berusia 20 tahun.

"Isteri dan anak perempuan suspek mengetahui kejadian itu dan mereka membantu dengan alasan ia adalah sebagai ritual supaya bisnes suspek menerima banyak tempahan," tambah Herman.

Tidak cukup sekadar itu, mangsa dipaksa oleh keluarga berkenaan supaya melakukan hubungan seks dengan dua lelaki lain.

Mangsa diugut video dirinya dirogol akan disebarkan sekiranya enggan melakukannya.

Malah, isteri dan anak perempuan suspek memujuk mangsa untuk melakukan perbuatan itu dengan janji menjadikan mangsa lebih cantik.

Perbuatan keluarga suspek akhirnya terbongkar selepas diketahui oleh adik mangsa, yang kemudian melaporkan perkara itu kepada ibu bapa mereka.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis sehingga membawa kepada penangkapan empat suspek pada petang Khamis lalu.

Siasatan kini dijalankan, dan hukuman penjara minimum 15 tahun dikenakan jika disabit kesalahan.

Sebagai peringatan, perbuatan khurafat seperti mendapatkan khidmat bomoh dan amalan sihir ditegah dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

Sebagai peringatan juga, perbuatan merogol adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain