SEORANG lelaki bertindak membuang air besar di bilik stor sebuah restoran dan membersihkan tangannya di dalam periuk berisi sup. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu dilihat sedang membetulkan pakaiannya di sebuah restoran, pada pagi 3 Jun lalu. Dilaporkan, dia kemudian secara tidak masuk akal mencelupkan tangan kanannya ke dalam periuk besi besar berhampiran sebelum berjalan meninggalkan bilik stor itu. Dalam kejadian di Shenyang, China, lelaki itu tidak dibenarkan masuk ke tandas restoran itu sebelum bertindak memasuki bilik stor tanpa kebenaran. Sejumlah cecair berwarna coklat, dipercayai milik lelaki itu selepas membuang air besar, ditinggalkan di pintu bilik stor itu. Lelaki berkenaan dilihat mencangkung di satu sudut sebelum berdiri semula sejurus selepas itu, kemudian mencuci tangannya di dalam periuk sebelum beredar. Menurut pekerja restoran, lelaki itu tidak dibenarkan masuk ke tandas kerana meter air sedang diganti dan terdapat gangguan bekalan air ketika itu. Merasakan sesuatu yang pelik berlaku, pekerja itu memeriksa rakaman CCTV dan melihat aksi lelaki itu yang menanggalkan seluarnya, membuang air besar di bilik stor, mencuci tangannya di dalam periu dan beredar. Mujur pekerja menyedarinya dan membersihkan bilik stor serta membuang sup yang 'tercemar' sebelum sesiapa pun boleh memakannya. -AGENSI Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube