suria

Takut dilibas dengan sabit, teman lelaki cabut lari... Biar 3 pemuda bergilir-gilir perkosa GF dekat kolam pancing!

Pelaku ditangkap pada 7 Jun selepas dia didakwa merogol seorang gadis pada hari sebelumnya.

SEORANG pelajar perempuan berusia 14 tahun dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki dalam kejadian pada 6 Jun lalu.

Ketika kejadian, mangsa bersama teman lelakinya sedang dalam perjalananan ke kawasan pelancongan, Sumber Mata Air Mutiara Probolinggo, Jawa, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Probolinggo, AKP Didik Riyanto berkata, mangsa dan teman lelakinya bertembung dengan tiga pelaku sebelum mereka diugut dengan sebilah sabit.

Teman lelakinya yang ketakutan terus melarikan diri, menyebabkan mangsa dirogol tiga pelaku dikenali sebagai Sahrul Nuril Anwar, 20, Fendi Kurniawan, 20, dan WMM yang baru berusia 14 tahun.

"Orang pertama yang melakukannya ialah pelaku bernama Sahrul, kemudian pelaku dikenali sebagai WMM yang juga remaja bawah umur dan pelaku terakhir bernama Fendi Kurniawan,” kata AKP Didik pada Sabtu.

Ketiga-tiga suspek sudah ditahan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ponteng sekolah, 5 pelajar diserbu polis ketika shooting video lucah dalam rumah kosong

Salah seorang suspek iaitu Sahrul berkata dia tidak berniat untuk merogol mangsa.

Jelasnya, ketika itu dia dan dua rakannya hanya mahu pergi memancing di sekitar kawasan pelancongan berkenaan.

Bagaimanapun, niat mereka untuk memancing lenyap apabila terserempak dengan mangsa dan teman lelakinya.

"Saya tanya (mangsa dan teman lelaki) nak buat apa di sini. Tapi teman lelaki mangsa tidak menghiraukan kami," imbasnya.

Sahrul yang berang dengan reaksi lelaki itu terus mengeluarkan sabit yang dibawanya.

Teman lelaki mangsa kemudiannya terus melarikan diri kerana ketakutan sebelum dia dan rakan-rakannya merogol pelajar perempuan berkenaan.

"Mula-mula saya (merogol mangsa), kemudian rakan saya (penjenayah berusia 14 tahun) dan yang terakhir ialah Fendi. Mangsa sempat berlari, tetapi terjatuh, sehingga cedera," jelas Sahrul.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain