IBU bapa pastinya meletakkan harapan tinggi dalam kerjaya anak-anak. Begitulah yang dilakukan pasangan suami isteri dari Nusa Tenggara Timur di Indonesia apabila sanggup memberi rasuah ratusan juta rupiah kepada pegawai negeri supaya anak mereka berjaya menjadi kakitangan kerajaan sejak Februari 2022. Memetik laporan Okezone, hasrat kedua-dua pasangan tersebut bagaimanapun tidak kesampaian selepas mereka ditipu pegawai kerajaan negeri terbabit. Malah, anak mereka didapati gagal selepas menduduki ujian kemasukan sebagai calon pegawai negeri. Difahamkan, pegawai kerajaan terbabit meminta anaknya menduduki peperiksaan kedua pada tahun lalu dan sekali lagi menjanjikan keputusan lulus. Bagaimanapun, setelah menduduki peperiksaan yang dinyatakan, keputusan menyatakan gadis terbabit gagal. Susulan daripada itu, ibu bapanya kembali menuntut duit yang telah diberikan kepada pegawai kerajaan berkenaan. Lebih menyedihkan apabila wang berjumpah 100 juta rupiah (RM28,965) itu adalah hasil pinjaman dari sebuah koperasi sebelum diserahkan kepada individu berkenaan pada 18 Februari 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube