PASTINYA hancur hidup ini apabila bertindak mengikut emosi. Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki Thailand tergamak mencekik teman wanitanya sehingga mati setelah mangsa mendapat tahu bahawa dia sebenarnya sudah beristeri. Polis menahan Anuwat Pimmat, 22, di sebuah restoran di bandar Prachuap Khiri Khan, sekitar pukul 10 malam waktu tempatan pada Isnin. Suspek diberkas selepas polis menemukan mayat teman wanitanya, Benjarat Choeijan, 22, dalam semak samun di tepi jalan pada minggu lalu. Berdasarkan soal siasat, suspek mengaku berkenalan dengan mangsa menerusi aplikasi janji temu sebelum hubungan mereka bertukar serius April lalu. Ketika kejadian, suspek pergi ke Phuket dari Bangkok untuk bertemu mangsa. Menurutnya ketika di dalam kenderaan, suspek menerima panggilan telefon daripada isteri, menyebabkan rahsia dia sudah berumah tangga terbongkar. Tambah suspek, mangsa marah setelah mendapat tahu perkara sebenar dan menengking serta menampar mukanya. Disebabkan berang dengan tindakan mangsa, suspek mengaku mencekik lehernya sebelum meninggalkan mayatnya dalam semak samun di tepi jalan. Suspek ditahan sementara menanti perbicaraan. Dia dia didakwa atas pertuduhan membunuh dan menyembunyikan mayat. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube