PERASAAN baran yang menguasai diri boleh mendorong seseorang itu untuk bertindak di luar kawalan. Begitulah kisahnya apabila seorang wanita tergamak membunuh anak lelakinya yang berusia sembilan tahun gara-gara kecewa mangsa mencuri wang hasil usaha kerasnya. Menurut laporan, suspek dikenali sebagai Suprabha Bal merupakan buruh upahan harian di sebuah tapak pembinaan, dia mengaku melakukan jenayah tersebut pada Isnin lalu. Menurut suspek, dia amat kecewa dengan sikap anak lelakinya yang kerap mengabaikan pelajaran dan mencuri sehingga dia akhirnya terpaksa mengambil langkah drastik tersebut. Tambahnya lagi, kenakalan anaknya itu menyebabkan kehidupannya terganggu serta dia terpaksa berhenti bekerja. Suspek berseorangan membesarkan anak lelakinya di perkampungan Agartala, India selepas ditinggalkan suami dan anak perempuannya yang keluar membina rumah tangga. Polis dalam satu kenyataan berkata ketika tiba di tempat kejadian, mereka menemukan seutas tali dan sebatang buluh dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan terbabit. Suspek ditahan untuk siasatan lanjut. -HubNews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube