suria

Polis bakar suami dibenar jaga anak kembar dalam sel, mungkin dihukum penjara 15 tahun

Suspek dibenarkan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu di bilik tahanannya.

KISAH seorang lelaki maut akibat dibakar isterinya sekali lagi mendapat perhatian masyarakat setempat berikutan ketiga-tiga anak mereka turut ditempatkan di dalam penjara.

Ia berikutan suspek dibenarkan memberi susu ibu kepada anak kedua dan ketiganya yang merupakan bayi kembar berusia empat bulan.

Memetik laporan Tribun Medan, suspek yang juga anggota polis berusia 28 tahun turut mengalami trauma akibat perbuatan yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis maut dibakar isteri sendiri, berang baki gaji tinggal RM230

Dia ditahan di Pusat Pelayanan Terpadu RS Bhayangkara Surabaya, di Indonesia supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anaknya.

Difahamkan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Pada 9 Jun lalu, mangsa yang juga anggota polis berusia 27 tahun maut semasa menerima rawatan di hospital akibat kecederaan lecur 96 peratus.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa, kejadian tersebut dipercayai berpunca selepas suspek mendapati mangsa menghabiskan gajinya untuk bermain judi atas talian sehingga berbaki 800,000 rupiah (RM230).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain