suria

Pelajar dibogel, dipukul dan dipaksa merokok oleh rakan satu sekolah! Penyerang kongsi video di media sosial

Video tular memaparkan insiden buli seorang pelajar sekolah.

TINDAKAN yang tidak berhati perut!

Begitulah kisah sekumpulan pelajar sekolah menengah yang tergamak membogelkan seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun dalam kejadian buli.

Lebih malang apabila mangsa turut dipukul dan dipaksa untuk menghisap rokok.

Pihak polis menerusi satu kenyataan berkata tujuh pelajar dikenal pasti terlibat dalam insiden buli tersebut dan kesemua suspek bersekolah sekali dengan mangsa.

Difahamkan kejadian di di Sekolah Menengah Hoang Van Thu sekitar daerah Chuong My, Vietnam itu berpunca daripada mangsa mempunyai hubungan tegang dengan seorang pelajar.

Kedua-dua pihak kemudiannya memutuskan untuk bertemu di suatu tempat yang dipersetujui pada 6 Jun bagi menyelesaikan konflik.

Bagaimanapun apabila tiba di lokasi pertemuan, sekumpulan tujuh pelajar sudah menunggu mangsa.

Mereka meluru berlari mengelilingi mangsa untuk memukul dan menanggalkan pakaiannya sebelum dia dipaksa menghisap rokok.

Kumpulan pembuli itu turut merakam perbuatan mereka dan memuat naik video ke platform media sosial untuk tontonan umum.

Gadis itu mengalami kecederaan fizikal dan mental sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. - VnExpress

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain