suria

Padah rakam aksi seks dengan wanita mabuk, polis dibuang kerja

Penyebaran video lucah boleh memusnahkan kehidupan mangsa. -Gambar hiasan

SEORANG polis wanita dikenali sebagai Ivana Williams dipecat selepas dia dituduh membuat rakaman aksi seks dengan pasangannya sebelum ia dihantar kepada beberapa pegawai kanan.

Pemecatan itu dibuat pada Februari selepas wanita dalam video berkenaan memfailkan saman sivil terhadap Ivana.

Dalam aduannya, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mendakwa dia tidak menyedari aksi seks sejenis bersama Ivana sedang dirakam.

Menurut wanita itu, dia mabuk pada malam tersebut dan hanya sedar keesokan harinya.

"Saya sangat mabuk. Keesokan paginya saya bangun di atas katil tanpa memakai pakaian saya.

"Saya sedar satu hubungan seksual telah berlaku tetapi mengalami kesukaran untuk mengingati apa-apa yang berlaku," dakwanya.

Dalam pada itu, Ivana berkata tuntutan mahkamah oleh wanita itu merosakkan reputasi dan hubungan perniagaannya.

Ivana mendakwa hubungan seks dengan wanita itu dibuat berdasarkan persetujuan bersama dan dia hanya berkongsi video tersebut dengan seorang individu.

Dia juga mendakwa pemecatannya adalah satu bentuk diskriminasi kerana pegawai lelaki tidak berdepan hukuman berat meskipun mereka melakukan kesalahan sama. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain