suria

Gempar! Petugas ibadah korban jumpa dua janin dalam perut lembu jantan

Ibadah korban dilaksanakan dalam musim haji. -Gambar hiasan

TULAR rakaman video yang memaparkan seekor lembu jantan memiliki dua janin di dalam perutnya selepas ibadah korban dilaksanakan di Masjid Athoubah Perumahan Athaya di Indonesia.

Memetik laporan Suara.com, pihak yang melaksanakan ibadah korban tersebut menyatakan keyakinannya tentang jantina lembu yang disembelih itu.

Dua janin dari seekor lembu jantan yang dikorbankan.

Dua janin dari seekor lembu jantan yang dikorbankan.

Malah dia juga mengakui telah mendapatkan pengesahan daripada sumber penjual ternakan berkenaan.

Namun katanya, tanpa diduga dua ekor janin yang berjantina jantan dan betina ditemukan semasa petugas terlibat membersihkan bahagian perut lembu tersebut.

Terdahulu, pada majlis yang dianjurkan, sebanyak lima ekor lembu telah dikorban.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain