suria

Gaduh tak mahu ikut balik raya rumah mentua, suami tikam isteri guna pisau!

Isu pulang beraya ke rumah mentua sering menjadi modal perbalahan. -Gambar hiasan

SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha bagi keluarga ini bertukar tragedi apabila si suami bertindak menikam isterinya gara-gara enggan pulang ke rumah ibu bapanya.

Kejadian hampir meragut nyawa itu berlaku pada 14 Jun lalu di Desa Tonrokassi, Jeneponto, Indonesia.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jeneponto, AKP Supriadi Anwar, pada mulanya pelaku bernama RE, 43 mengajak isterinya, ER, 33 menziarahi ibu bapanya yang sedang sakit.

Selain itu dia turut bercadang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kediaman orang tuanya yang terletak di Bangkala, Jeneponto.

“Suami isteri terbabit bertengkar... mangsa keberatan beraya di rumah mentuanya. Namun, ER menolak pelawaan itu sehingga mereka berdua bergaduh.

"RE yang sedang beremosi kemudian menikam isterinya menggunakan pisau kecil," kata Supriadi Anwar.

Susulan kejadian itu, RE melarikan diri pada Sabtu manakala ER dipindahkan ke Hospital Besar Wilayah (RSUD) Lanto Daeng Pasewang.

Namun, selepas melihat keadaan mangsa, ER terpaksa dirujuk ke Hospital Wahidin Sudirohusodo Makassar.

Bagaimanapun suspek yang cuba melarikan diri itu berjaya ditangkap polis di Bontoparang, Takalar di Indonesia pada Selasa. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain