suria

Remaja perempuan dirogol, dibunuh dalam hutan... Suspek pura-pura jumpa mayat, siap hubungi polis

Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan dalam kehidupan mereka. -Gambar hiasan

SEORANG gadis berusia 13 tahun bukan sahaja dirogol dan dibunuh, malah mayatnya turut ditinggalkan di dalam hutan.

Berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan, gadis itu disahkan dirogol dan didera secara seksual sebelum dia dibunuh oleh pelaku.

Bagaimanapun pihak polis mengesyaki kejadian itu dilakukan oleh jiran lelakinya yang berusia 23 tahun.

Suspek dilaporkan hilang selepas kes rogol dan pembunuhan di perkampungan Andaman Utara, Diglipur Tehsil, India itu terbongkar.

Menurut pihak berkuasa, suspek merupakan orang pertama yang menghubungi polis dan memaklumkan keberadaan mayat mangsa.

Malah, dia juga banyak memberikan keterangan awal bagi membantu pihak polis, ahli keluarga dan penduduk kampung.

Namun setelah operasi pencarian dijalankan, didapati suspek telah membunuh diri di hutan berhampiran perkampungan itu pada 16 Jun lalu.

Sehingga kini masih belum ada pendedahan mengenai pembunuhan berkenaan kerana kes masih dalam siasatan polis. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain