suria

Silap besar ajak pelacur balik hotel… Lelaki putih mata dirompak ketika sedap tidur

Rompakan berlaku selepas mangsa mengajak dua wanita ke hotel inapannya.

PERCUTIAN seorang lelaki bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia dirompak dua orang pekerja seks.

Polis Imigresen Chon Buri menahan Mariam, 38, dan Sheebah, 28, di sebuah hotel di kawasan Khao Pratamnak, Pattaya Selatan, Thailand.

Penahanan ini dilakukan berdasarkan waran yang dikeluarkan Mahkamah Wilayah Pattaya atas tuduhan rompakan berkumpulan pada waktu malam.

Tindakan ini diambil selepas mangsa yang dikenali sebagai Khalid membuat aduan di Balai Polis Bang Lamung.

Pada 10 Jun, pelancong Kanada itu mengajak Mariam dan Sheebah untuk minum dan bermalam di hotelnya di Jalan Pattaya-Na Kluea, dengan persetujuan membayar mereka 2,000 baht (RM260) setiap seorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tiri nafsu binatang! Lelaki rogol, liwat anak gadis 12 tahun... Tergamak pula gigit alat sulit

Kerana keletihan, dia tertidur dan hanya menyedari wang berjumlah 90,000 baht (RM11,700) miliknya dilarikan dua wanita warga Afrika Selatan itu pada keesokan harinya.

Menurut Khalid, wang itu disimpan di dalam peti keselamatan di bilik hotel berkenaan.

Selepas ditahan, dua wanita itu menafikan merompak Khalid, sebaliknya mendakwa berkunjung ke hotel berkenaan untuk memberikan perkhidmatan urut sahaja.

Namun, bukti kamera litar tertutup (CCTV) jelas mengaitkan wanita-wanita tersebut dengan jenayah itu.

Akibatnya, Mariam dan Sheebah ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan undang-undang selanjutnya. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain