suria

Isteri luah rasa kecewa, suami kena jangkitan penyakit kelamin selepas pulang travel dengan kawan-kawan lelaki

Amalan seks bebas boleh membawa risiko jangkitan penyakit kelamin. -Gambar hiasan

KESETIAAN merupakan kunci utama dalam sesebuah hubungan.

Namun, seorang wanita mula meragui kesetiaan suaminya apabila lelaki itu disahkan terkena jangkitan penyakit kelamin (STI).

Dalam pendedahannya, wanita itu berkata suaminya disahkan menghidap STI selepas pulang bercuti dengan sekumpulan kawan-kawan lelakinya di luar negara.

Menurut wanita itu, suaminya memberi alasan yang tidak logik selepas dia didiagnos dengan penyakit tersebut.

Dakwa suaminya, dia terkena STI kerana persekitaran kotor di negara dunia ketiga yang dilawati bersama rakan-rakannya.

Namun, wanita itu yakin suami yang dikahwininya 14 tahun lalu telah berlaku curang di belakangnya.

Luahan rasa kecewa wanita itu menarik perhatian orang ramai selepas ia dikongsi di internet.

Malah, ramai netizen beranggapan lelaki itu menipu isterinya dengan alasan yang tidak masuk akal.

"Saya minta maaf, saya rasa awak diperbodohkan oleh suami awak. Dia cuba yakinkan awak yang dia tak curang.

"Saya tak percaya alasan mengarut ini," tulis beberapa netizen. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain