suria

Pesawat ringan terhempas di kawasan perumahan... Juruterbang, penumpang disahkan terkorban

Dua individu disahkan maut dalam kejadian itu.

DUA individu maut apabila sebuah pesawat Cessna enjin berkembar terhempas di sebuah kawasan kejiranan pada petang Isnin.

Kawasan perumahan itu terletak berdekatan lapangan terbang Steamboat Springs, Colorado.

Pegawai berkata dua treler terbakar akibat kemalangan itu, malah kediaman penduduk turut dijilat api.

Pada Isnin malam, pegawai tempatan mengumumkan juruterbang pesawat dan seorang penumpang maut dalam nahas itu, namun nama mangsa tidak didedahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat ringan terhempas di Sungkai... Lelaki jumpa wanita minta tolong, seorang lagi tersepit

Pesawat itu dipercayai berlepas dari Longmont dan dalam perjalanan ke Ogden, Utah.

Pasukan bomba berkata ia terhempas kira-kira pukul 4.23 petang.

Saksi melaporkan pesawat itu kelihatan mengalami masalah mekanikal, menurut pegawai bomba.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan menyiasat punca nahas itu. - CPR.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain