suria

Tragedi gerai makanan, budak 3 tahun maut terkena minyak panas

Kejadian berlaku di sebuah gerai makanan. Foto Istimewa

HASRAT satu keluarga untuk membeli makanan bertukar tragedi, apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas melecur akibat terkena minyak panas di sebuah gerai.

Dilaporkan, mangsa mengalami lecur 64 peratus.

Ketika kejadian, mangsa mengikut ibu bapanya menaiki motosikal membeli makanan bergoreng di sebuah gerai makanan dekat sebuah pasar.

Kejadian berlaku di Kotagede di Yogyakarta, Indonesia pada 20 Mei lalu.

Setibanya di gerai, bapa mangsa tidak mematikan enjin motosikal.

Ketika bapa mangsa hendak mengambil wang dari poketnya, mangsa secara tidak sengaja memulas pendikit minyak menyebabkan motosikal bergerak sendiri sehingga merempuh gerai.

"Akibat kejadian itu, minyak panas dalam kuali di gerai berkenaan tumpah sebelum terkena mangsa dan bapanya.

"Mangsa mengalami lecur 64 peratus manakala bapanya melecur 11 peratus di kaki dan tangan," kata Ketua Perhubungan Masyarakat Polis Daerah Yogyakarta, AKP Sujarwo.

Mangsa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada malam Ahad lalu (16 Jun). -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan