suria

Polis mati akal tangkap lembu terlepas, rempuh 2 kali guna kereta peronda - “Kaedah lain sudah gagal”

Rakaman litar tertutup memaparkan polis sengaja melanggar seekor lembu.

TULAR video di platform media sosial memaparkan anggota polis merempuh seekor lembu ternakan berusia 10 bulan dalam satu kejadian di Fetham, United Kingdom pada Sabtu.

Menerusi video tersebut, dapat diperhatikan lembu yang diberikan nama Beau Lucy itu dilanggar sebanyak dua kali oleh kereta peronda sehingga terperosok ke bawah kenderaan.

Pemilik anak lembu itu yang dikenali sebagai Rob menyifatkan kejadian tersebut sebagai mengerikan dan tidak sepatutnya berlaku.

"Cara polis mengendalikan situasi ini adalah salah. Ia sepatutnya diselesaikan dengan lebih baik," ujarnya.

Walau bapaimanapun, lembu berkenaan tidak mengalami sebarang kecderaan serius dan sedang beransur pulih setelah menerima rawatan.

Dalam pada itu, jurucakap polis, Inspektor Sam Adcock berkata pihaknya cuba menangkap lembu tersebut selama beberapa jam dan akhinrya terpaksa melanggar menggunakan kereta selepas ketiadaan pilihan.

“Keputusan untuk merempuh menggunakan kereta polis hanya diambil selepas kaedah lain untuk menangkap lembu itu gagal.

“Pada masa ini, anggota polis yang memandu kereta peronda itu digantung tugas sementara menunggu hasil siasatan," katamya. - The Guardian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain