suria

Tak mampu bayar perkhidmatan ambulans, jenazah dibawa ke hospital menaiki motor

Video lelaki berkenaan membawa mayat menjadi tular di media sosial. -Gambar hiasan (kiri)

SEORANG penunggang motosikal e-Hailing mendapat perhatian ramai di laman sosial selepas berkongsi video sedang membonceng warga emas membawa jenazah cucunya pada Sabtu.

Menurut lelaki tersebut yang dikenali sebagai Dharmawangsa, 43, dia menghantar penumpang terakhirnya di Hospital Tadjuddin, Makassar, Indonesia.

Namun kemudiannya dia ditahan oleh seorang lelaki tua yang bertanyakan kos penghantaran dari Makassar ke Kepulauan Kabupaten sambil menggendong jenazah bayi.

Difahamkan lelaki tua itu tidak mampu membayar kos bayaran ambulans yang mencecah sehingga 700 ribu Rupiah (RM202) untuk menghantar jenazah cucunya.

Susulan itu, warga emas berkenaan mencari alternatif lain dengan menggunakan pengangkutan awam lebih murah.

Dharma yang bersimpati selepas melihat lelaki tua itu lalu menghantar ke destinasinya tanpa mengenakan sebarang caj.

Atas perkongsian yang dibuatnya itu, Dharma juga menerima banyak panggilan untuk diberikan sumbangan atas keikhlasannya.

Bagaimanapun, lelaki itu memilih untuk tidak mengambil sebarang sumbangan ditawarkan kepadanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain