SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diculik oleh seorang pemandu trak sebelum dia dirogol dan dibunuh pada Khamis. Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam ketika mangsa sedang tidur di luar sebuah kilang padi bersama ibunya yang bekerja sebagai buruh. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki dikenali sebagai Balram mendukung kanak-kanak itu sebelum dia pergi ke kawasan gelap. Balram didakwa membawa kanak-kanak itu ke kawasan semak berhampiran dan menyerang secara seksual sebelum membunuhnya. Apabila ibu mangsa terjaga pada tengah malam, dia mendapati anak perempuannya hilang. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kenduri’ di tanah perkuburan! 2 pelajar perempuan ‘diratah’ beramai-ramai Selepas mencari, wanita itu menemukan mayat anaknya di dalam kawasan semak. Wanita itu, bersama-sama dengan penduduk tempatan, kemudiannya menangkap Balram dan menyerahkannya kepada polis. Satu kes telah didaftarkan dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu yang berlaku di Uttar Pradesh, India. - Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube