DIRI yang dimanjakan boleh menyebabkan seseorang itu naik lemak. Begitulah kisahnya apabila seorang pengemis di Depok, Jawa Barat, Indonesia mengamuk dan mengugut mahu mencuri barang di rumah penduduk apabila dihulurkan wang sedekah yang sedikit. Menerusi potongan video yang tular, wanita itu memaksa seorang penduduk di Kota Depok untuk memberikannya wang. Namun kerana wang yang dihulurkan sedikit, pengemis itu naik angin dan memaksa penduduk berkenaan memberikannya duit dengan nilai yang lebih besar. Malah peminta sedekah itu turut mengaku dirinya malaikat dan tidak segan untuk mencuri barang dari rumah orang lain. “Ketika permintaannya ditolak, dia menjerit di kawasan sekitar untuk membuat penduduk di situ ketakutan. “Dia juga sempat menghina dan memaki hamun penduduk selepas tidak dihulurkan wang,” kata seorang warga tempatan. - Kompas.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube