suria

Selepas selamat akad nikah, wali 'belasah' pengantin lelaki... ‘Balasan’ pernah ugut bunuh

Tangkap layar video menunjukkan seorang wali nikah memukul pengantin.

TULAR satu video menunjukkan wali nikah memukul pengantin lelaki ketika majlis akad nikah berlangsung pada Jumaat.

Kejadian dikatakan berpunca daripada konflik antara keluarga wanita dan pengantin lelaki.

Difahamkan, keluarga wanita itu berasa sakit hati dengan pengantin lelaki kerana dia sebelum ini telah mengancam untuk membunuh keluarga pengantin perempuan.

Seperti yang dapat dilihat dalam video, pada mulanya wali nikah yang merupakan abang kepada pengantin perempuan, membaca akad sambil memegang tangan pengantin lelaki.

Tidak lama selepas pengantin lelaki menerima lamaran nikah, wali bertindak memukul pengantin lelaki yang baru sahaja menjadi adik iparnya.

Tiba-tiba, kemeriahan majlis perkahwinan itu bertukar menjadi huru-hara.

Kejadian berlaku di Kampung Dufa Dufa, Kota Ternate, Indonesia.

Wali nikah, Fahri Tarafannur mengakui beremosi sambil menyalahkan pengantin lelaki yang pernah mengugut mahu membunuh keluarganya melalui mesej WhatsApp.

Dalam pada itu, pihak keluarga pengantin lelaki turut meluahkan rasa kesal dengan kekasaran dilakukan wakil keluarga pengantin perempuan.

Katanya, mereka berasa kesal seolah-olah tidak dihargai setelah datang dari jauh untuk menghadiri majlis tersebut. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain