suria

Mayat pengemis mati terbakar tidak dituntut, keluarga tak cukup duit untuk bayar kos pengebumian

Keadaan pondok kediaman mangsa selepas kebakaran berlaku pada 8 Jun. -Foto Baharudin Al Farisi

KELUARGA seorang pengemis yang maut dalam kebakaran masih belum menuntut mayat mangsa kerana tidak mampu menanggung kos pengebumian.

Ketua Polis Daerah Pasar Minggu Pesuruhjaya, Anggiat Sinambela mendedahkan jenazah Rusmiyati sudah seminggu berada di Hospital Fatmawati, Jakarta, Indonesia.

Mengikut prosedur, Anggiat berkata mayat yang tidak dituntut oleh keluarga mereka akan dikebumikan tanpa nama oleh pihak hospital.

Dalam pada itu, wakil Mukim Pajetan Barat yang dikenali sebagai Marzuki turut menegur sikap keluarga Allahyarham bersikap 'lepas tangan' selepas mangsa meninggal dunia akibat kebakaran di sebuah pondok di Pasar Minggu pada 8 Jun lalu.

Kata Marzuki, ahli keluarga Rusmiyati memberi alasan jenazahnya tidak dituntut kerana mereka tidak mempunyai wang untuk menguruskan pengebumian jenazah.

"Saya tidak peduli apa yang tuan-tuan di sana katakan, saya hanya mohon maaf sebesar-besarnya," kata adik Rusmiyati menerusi WhatsApp kepada Marzuki pada Sabtu.

Kata Marzuki, adik Rusmiyati turut menegaskan dia tidak akan menuntut apa-apa sekiranya sesuatu berlaku kepada mayat kakaknya.

Susulan itu, penduduk setempat mengadakan tahlil di sebuah rumah berhampiran pondok milik arwah selepas tiga hari mayatnya diserahkan ke hospital.

Untuk rekod, Rusmiyati meninggal dunia dalam kebakaran yang berpunca daripada lilin di pondoknya. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan