suria

Bapa tiri nafsu binatang! Lelaki rogol, liwat anak gadis 12 tahun… Tergamak pula gigit alat sulit

Jenayah rogol boleh menyebabkan mangsa trauma. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki menerima hukuman penjara 11 tahun selepas dia didapati bersalah merogol anak tirinya pada 2014.

Pelaku yang kini berusia 41 tahun itu didapati bersalah oleh juri atas tiga pertuduhan merogol dan dua pertuduhan meliwat.

Dia juga didapati bersalah atas satu pertuduhan serangan seksual terhadap gadis itu di rumah keluarga mereka di Waterford, Ireland.

Dalam siri serangan berkenaan, pelaku bukan sahaja menutup mulut mangsa dengan tangannya, malah dia turut menggigit bahagian sulit anak tirinya.

Rambut mangsa turut ditarik oleh pelaku.

Lebih menjijikkan, lelaki itu juga tergamak merogol mangsa sehari sebelum sambutan Hari Krismas pada 2014.

Kes rogol itu berlaku pada November dan Disember 2014, ketika mangsa berusia 12 tahun.

Menerusi perbicaraan pada Jumaat, mahkamah diberitahu ibu mangsa turut mempunyai masalah kesihatan mental.

Mahkamah akhirnya menetapkan hukuman penjara selama 13 tahun namun mengurangkannya kepada tempoh 11 tahun, enam bulan. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan