suria

Suami nekad panjat pencawang elektrik selepas gaduh dengan isteri ketiga, sempat tulis wasiat

Pasukan bomba dan penyelamat menyelamat mangsa di pencawang elektrik. Foto IG humasjakfire

SEORANG lelaki berusia 60 tahun cuba membunuh diri dengan memanjat sebuah menara pencawang elektrik voltan tinggi.

Dalam kejadian yang menggemparkan orang ramai pada petang Isnin, lelaki itu nekad memanjat pencawang elektrik itu selepas bertengkar dengan isteri ketiganya.

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal cuba melompat dari menara tersebut. Bagaimanapun, cubaannya gagal dan dia diselamatkan oleh pasukan bomba.

Kejadian berlaku di Desa Marunda, Daerah Cilincing, Kota Jakarta Utara di Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cilincing, Iptu Pilipi Ginting berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang ramai bahawa terdapat orang awam memanjat pencawang elektrik.

"Kami memeriksa lokasi cubaan bunuh diri dan menghubungi Unit Bomba dan Penyelamat.

"Setibanya di lokasi, memang sudah ada seorang lelaki di atas menara pencawang itu," katanya.

Pilipi berkata, siasatan lanjut terhadap kenyataan anak mangsa mendapati bapanya menghadapi masalah dengan isteri ketiganya.

"Dia sempat menulis surat ketika berada di atas menara, meminta motosikalnya itu diserahkan kepada isteri ketiga dan anak," jelas Pilipi.

Sebagai peringatan, perbuatan membunuh diri adalah haram dan berdosa besar dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan