suria

Penumpang pesawat rasa pelik terkunyah benda keras dalam makanan, rupanya objek tajam!

Objek aneh yang ditemukan di dalam hidangan makanan sebuah syarikat penerbangan.

KESELAMATAN makanan sangat penting kerana ia melibatkan kesihatan diri.

Gempar apabila seorang penumpang penerbangan Air India mendakwa dia meludahkan objek tajam menyerupai bilah pisau kecil yang terdapat dalam hidangan makanannya.

Perkara tersebut berlaku ketika dia sedang menaiki pesawat dari Bengaluru, India menuju ke San Francisco, Amerika Syarikat pada 9 Jun lalu.

Pengadu dikenali sebagai Mathures Paul berkongsi pengalaman pahitnya itu di media sosial.

Menurut Paul, dia menjumpai objek itu pada makanan yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan Air India.

“Saya menyedari ada sesuatu yang ganjil dalam makanan saya apabila saya mengunyah dan tergigit objek tajam.

“Sebaik sahaja saya meludahkannya, terkeluar objek yang saya tidak dapat kenal pasti pada awalnya.

“Pramugari itu meminta maaf selama tiga saat dan kembali dengan semangkuk kacang,” kata Paul. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain