suria

Selepas lawat tempat purba, penganggur tetak anak kandung... Percaya 'amalan' bawa tuah kemewahan

Membunuh merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

GARA-GARA taksub dengan ilmu kebatinan dan ingin menjadi kaya, seorang lelaki sanggup membunuh anak kandungnya yang baru berusia tiga tahun di kediamannya di Serang, Indonesia pada Selasa.

Ia berikutan suspek yang merupakan penganggur yakin bahawa tindakan tersebut dapat mengubah nasibnya sekeluarga supaya dapat hidup dalam kemewahan.

Malah ia dilakukan ketika dia dalam keadaan sedar dan waras.

Ketua Polis Serang Kota, Komisioner Sofwan Hermanto berkata, suspek mempelajari ilmu kebatinan dengan cara melawat ke tempat-tempat lama dan purba di sekitar daerah Banten di samping mendapatkan amalan untuk menjadi kaya.

Susulan daripada itu, ujar beliau, suspek yang terjaga pada pukul 3 pagi bertindak mengambil parang di dalam almari pakaiannya sebelum membunuh mangsa.

Malah, kata Sofawan, suspek juga meminta ahli keluaganya untuk membunuhnya dengan menyatakan terdapat wang di dalam perut yang mampu mengubah kehidupan mereka. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain