suria

Pemegang kunci Kaabah ke-109 meninggal dunia

Jenazah Sheikh Saleh Al-Shaibi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Makkah.

KETUA pemegang kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al-Shaibi meninggal dunia pada Sabtu selepas menderita sakit berpanjangan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Mu’alla di Makkah.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota, Mohammed Salman turut menzahirkan rasa dukacita atas kematian Saleh Al-Shaibi

Untuk rekod, beliau memegang jawatan itu sejak tahun 2013.

Saleh Al-Shaibi merupakan pemegang kunci Kaabah ke-109. - Daily Pakistan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain