SEORANG pelajar meninggal dunia sehari sebelum hari lahirnya selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Samas, Jogjakarta, Indonesia. Ketua Perhubungan Awam Polis Bantul, AKP I Nengah Jeffry Prana Widnyana berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang baru berusia 15 tahun menunggang motosikal bersama rakannya, 16, menyertai 'konvoi' pada awal pagi Khamis. "Semasa berada di laluan sekitar Jalan Samas, motosikal di hadapannya berhenti secara tiba-tiba. "Panik dengan keadaan yang berlaku, mangsa melanggar motosikal berkenaan sebelum terbabas dan terjatuh,” kata Jeffry. Susulan daripada itu, mangsa yang dilahirkan pada 21 Jun 2008 mengalami kecederaan parah di kepala dan patah tangan kanan. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Wilayah Saras Adyatama manakala, rakannya hanya mengalami kecederaan melecet pada tangan dan kaki serta kehilangan gigi. Dalam pada itu, Jefrry memberi peringatan kepada golongan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak selain menegaskan mana-mana individu tidak membawa motosikal sekiranya belum mempunyai lesen. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube