IKATAN pertunangan seharusnya melibatkan pasangan yang sudah matang akal fikirannya. Gempar apabila seorang remaja perempuan berusia 12 tahun ditunangi duda berusia 27 tahun yang memiliki anak satu. Dalam kejadian di Madura, Indonesia, remaja berkenaan dilihat lengkap bertudung selain mengenakan pakaian berwarna merah pada majlis pertunangan tersebut. Menerusi video tular, kelihatan beberapa wanita dewasa memberikan remaja itu sejumlah wang tunai yang diisi di dalam sampul dan kemudiannya dimasukkan ke dalam plastik hitam. Menjengah ke ruangan komen, warga maya menzahirkan rasa kurang senang dengan pertunangan itu susulan gadis terbabit masih bawah umur. "Ini kan Madura, tiada apa yang peliknya. Di sini ramai yang berkahwin muda. Bayi perempuan yang baru lahir pun boleh 'dicop' untuk ditunangi. “Budaya di sini, bertunang tu maksudnya hubungan masih boleh diteruskan atau dibatalkan. Bukannya berkahwin yang akan menyebabkan pelbagai pihak menanggung malu sekiranya tak menjadi,” jelas pelayar. - BANGKAPOS.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube