suria

Wanita menyorok di rumah kawan lepas tetak leher suami... Hilang sabar dapat pasangan miskin!

Polis memeriksa lokasi pembunuhan seorang lelaki.

RUMAH tangga stabil bermula daripada kewangan yang kukuh.

Dek kerana gagal memberi nafkah secukupnya, seorang isteri berusia 38 tahun tergamak menetak leher suaminya sehingga hampir putus menggunakan parang dalam kejadian pada Khamis lalu.

Menerusi insiden di sebuah kebun sekitar daerah Rejang Lebong, Bengkul, Indonesia, suspek pada mulanya dikatakan bergaduh mulut dengan mangsa sehingga akhirnya hilang sabar dan bertindak di luar kawalan.

Suspek yang bersembunyi di rumah kawan kemudiannya ditangkap penduduk setempat dan dibawa ke balai polis untuk direman.

Menurut ketua polis daerah Rejang, Iptu Ibnu Sina Alfarobi, suspek dikatakan sering bertengkar dengan mangsa mengenai keadaan keluarga mereka yang miskin.

"Suspek mungkin mengalami depresi memikirkan situasi kewangan dia dan suami," ujarnya.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat.

Pihak polis juga sedang mencari bahan bukti iaitu sebilah parang yang dipercayai dibuang suspek selepas kejadian.

Selain itu, menurut pihak polis, suspek bakal menjalani pemeriksaan untuk menentukan tahap kesihatannya. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain