suria

Polis buru pemuda onani atas motosikal, selamba tayang kemaluan depan restoran

Mangsa (kanan) menunjukkan lokasi pemuda itu melakukan onani.

POLIS sedang memburu seorang pemuda berusia 32 tahun gara-gara tindakannya yang beronani di kawasan terbuka.

Menurut Polis Thailand, mangsa-mangsanya membuat laporan selepas mereka diganggu oleh pemuda itu di wilayah Isaan Khon Kaen.

Kejadian pertama didakwa berlaku pada 18 Jun.

Suspek yang dikenali sebagai Billy didakwa beronani di hadapan sebuah restoran yang mana perbuatan itu disaksikan oleh seorang pekerja wanita berusia 25 tahun.

Apabila menyedari dia sedang diperhatikan, Billy terus berlalu meninggalkan kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 13 tahun trauma dicabul 26 lelaki, makcik dakwa buat laporan polis sejak sebulan lalu

Kejadian kedua berlaku di Taman Awam Bueng Nong Waeng Tra Choo, kira-kira pukul 9 malam pada 19 Jun.

Ketika berada di lokasi itu, Billy memanggil seorang pelajar berusia 21 tahun untuk mendekatinya.

Gadis itu menyangka Billy ingin bertanya sesuatu, namun dia mengeluarkan zakarnya dan mula beronani di atas motosikalnya.

Mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong, menyebabkan Billy meninggalkan tempat kejadian. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain