SEORANG pekerja hotel ditahan oleh pihak berkuasa atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pelancong wanita pada Selasa. Menurut mangsa, seorang warganegara Cina, pekerja lelaki itu menceroboh biliknya menggunakan kunci utama pada malam berkenaan. Mangsa berkata dia berada di bawah pengaruh alkohol selepas menghadiri sebuah parti bersama rakan-rakanya, menyebabkan dirinya tidak mampu menghalang tindakan suspek. Dia kemudiannya membuat satu laporan polis ke atas pekerja hotel di Utara Jeju, Korea Selatan itu. Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati lelaki itu masuk ke bilik mangsa selepas dia dihantar pulang oleh rakan-rakannya. Bagaimanapun suspek menafikan serangan seksual itu dan menjelaskan dia menerima panggilan perkhidmatan bilik daripada mangsa sebelum mereka bersetuju untuk melakukan hubungan intim. Polis menjelaskan suspek berdepan penjara tiga tahun jika dia didapati bersalah. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube