suria

Aset RM471.9 juta yang dikaitkan dengan 1MDB akan dikembalikan ke Malaysia

Jho Low menjadi buruan pihak berkuasa.

JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (AS) telah mencapai persetujuan dengan ahli perniagaan kelahiran Malaysia yang kini dalam buruan, Jho Low untuk memulangkan lebih $100 juta (RM71 juta) yang didakwa digelapkan daripada dana milik kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan BBC, jumlah tersebut adalah daripada pembubaran dan aset bernilai $67 juta (RM315.7 juta), hasil karya seni oleh artis Andy Warhol dan Claude Monet beserta sebuah flat mewah di Paris.

Pendakwa raya mendakwa aset itu dikaitkan dengan wang tunai yang diperoleh untuk dana 1MDB sejak 2012 dan 2013.

Low merupakan seorang buruan yang dikehendaki dan masih bebas, walaupunbagaimanapun, lokasinya tidak diketahui.

Aset itu akan menambah kira-kira $1.4 bilion (RM4.7 bilion) yang telah dikembalikan dengan bantuan AS.

Secara keseluruhan, lebih $4.5 bilion (RM21.2 bilion) didakwa dicuri daripada dana 1MDB.

Malah katanya, sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai dengan Low, keluarga dan entiti yang ditubuhkan, AS akan menyelaraskan dengan negara asing untuk memindahkan aset yang dipegang di luar negara ke Malaysia.

Selain itu, mereka bersetuju untuk mengembalikan kepada Malaysia hartanah dan wang tunai dalam akaun bank bernilai kira-kira $67 juta (RM315.7 juta) yang terletak di Hong Kong, Switzerland dan Singapura.

Sebagai rekod,Low Taek Jho didakwa berada di tengah-tengah skandal 1MDB, yang menyaksikan berbilion-bilion dolar daripada dana negara yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia hilang.

Pendakwa raya AS dan Malaysia mendakwa wang itu diletakkan di dalam 'simpanan' beberapa individu berkuasa dan digunakan untuk membeli aset termasuk hartanah mewah, jet peribadi dan karya seni mahal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain