suria

Misteri kehilangan 37 hari terjawab, mayat wanita membusuk ditemukan di tepi sungai

Mayat seorang wanita ditemukan di tepi sungai. Foto Polis Sergai

MAYAT seorang wanita yang sudah membusuk ditemukan di tepi sungai pada Rabu, sekali gus merungkai misteri kehilangan mangsa selama 37 hari.

Terdahulu, laporan mengenai kehilangan wanita itu dibuat oleh keluarga mangsa.

Menurut keterangan keluarga, mangsa kali terakhir dilihat pada 20 Mei lalu sebelum ke ladang.

Mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah selepas itu.

Mayat mangsa ditemukan di tepi Sungai Buaya di Desa Mabar, Kabupaten Deli Serdang di Sumatera Utara, Indonesia.

Ketua Polis Daerah Kotarih, Inspektor Mula Purba berkata, mangsa merupakan penduduk Kotarih, Serdang Bedagai.

"Susulan kehilangan mangsa, pihak berkaitan dan penduduk kampung melakukan pencarian selama dua minggu, namun tidak menemui mangsa," kata Mula dalam kenyataan, pada Selasa.

Selepas 37 hari kehilangannya, mayat mangsa ditemukan di lokasi kejadian oleh dua penduduk ketika sedang memancing di sungai selepas terhidu bau busuk.

"Mereka mencari bau busuk itu sehingga menemukan mayat manusia," kata mula sambil menambah saksi kemudian memaklumkan kepada penduduk kampung dan membuat laporan polis.

Polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kematian mangsa. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain