suria

Baru hendak menyanyi dangdut, lelaki temui ajal di pentas

Tangkap layar video seorang lelaki rebah di pentas. Foto Taufik Syahrawi

SEORANG lelaki rebah ketika hendak menyanyi lagu dangdut di sebuah majlis, akibat serangan jantung.

Persembahan orkestra tetap diteruskan ketika mangsa yang berusia 54 tahun itu rebah di pentas.

Lelaki berkenaan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas itu.

Menerusi video yang tular, kelihatan beberapa individu cuba membantu menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang asyik menyanyi lagu dangdut, ketua kampung temui ajal atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki temui ajal selepas langgan pekerja seks, polis jumpa ubat kuat bersama barangan peribadi

Kejadian berlaku ketika persembahan orkestra dangdut di Desa Patenteng, Madura, Jawa Timur di Indonesia, pada Isnin malam.

Mangsa kemudian dibawa turun dari pentas sebelum meninggal dunia ketika hendak dibawa ke hospital.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa menghidap penyakit jantung.

Menurut Ketua Polis Modung, Inspektor Suyanto, mangsa dikatakan baru pulang dari Solok Selatan, Sumatera Barat untuk merawat penyakit jantungnya.

"Mangsa yang disyaki mengalami serangan jantung, rebah di atas pentas. Dia kemudian meninggal dunia ketika hendak dibawa untuk menerima rawatan," katanya pada Selasa. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain