suria

Gadis rela serah tubuh pada guru, 7 kali keluar masuk hotel demi markah tinggi

Suspek mengumpan mangsa dengan tawaran markah tinggi dalam ujian. -Gambar hiasan

SEORANG guru lelaki ditahan atas dakwaan merogol seorang pelajar perempuan sebanyak tujuh kali, pada Sabtu lalu.

Tindakan tegas itu diambil selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis sejurus dimaklumkan rakan mangsa berhubung tindakan licik guru tersebut.

Terdahulu, pelajar sekolah menengah terbabit telah diumpan dengan markah ujian yang tinggi sekiranya mengikuti kehendak nafsu suspek.

Malah guru tersebut juga berjanji akan bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada mangsa.

Ekoran terpedaya dengan tawaran tersebut, gadis berkenaan tidak menolak untuk mengikuti suspek lebih dari satu hotel yang terdapat di wilayah Kota Bengkulu, Indonesia.

Dalam pada itu pihak polis menjelaskan suspek berkenaan mungkin dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya didapati bersalah. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain